Friday, February 5, 2010

Cause of exhaust explosion and observable flame at end of muffler (as written in Nismoclub technical section)

saje nak share..ikut pengetahuan aku..ekzos letup2 ni sebab misfire atau ada unburnt hydrocarbon (HC)

1. misfire:
misfire ni satu perkara yang berlaku kalau bila pembakaran tak berlaku langsung atau tak lengkap at certain times...bleh jadi kat semua cylinder atau salah satu. maknanya letsay bila ada misfire kat cylinder no. 2, takde pembakaran kat power stroke (atau ignition stroke), jadi bila takde pembakaran...result dia waste fuel mixture...so waste fuel mixture ni akan keluar ikut exh valve masa exhaust stroke...disebabkan temperature kat exh valve, exh port dan exh pipe tinggi (lebih kurang 700 ke 850degC)...fuel mixture yang tak terbakar tu akan terbakar kat luar cylinder bile terdedah pada high temperature (instead of terbakar dalam cylinder masa power stroke). sebab tu lah bila waste fuel mix terbakar kat luar/dalam exh pipe...hasil dia meletup2 dan klu external combustion ni kuat..akan nampak api klua kat muffler!! walaupun gempak..tapi tak semestinya bagus :)

misfire ni ada beberapa faktor, banyak bergantung pada ignition timing & injection timing. selalunya ECU OEM atau aftermarket (macam emanage, power fc, haltech)...tuner akan adjust ignition timing sahaja dan biar fuel injection timing pada fix position. selalunya untuk regular gasoline SI (spark ignited) engine...fuel injection set at 300degCA BTDC (crank angle before top dead center). ignition timing plak varies from 1deg to 25degCA BTDC ikut pada speed dan load (throttle opening) engine tersebut.

so..faktor2 bleh jadi misfire:
-ignition timing tak tepat, mungkin terlampau advance atau terlampau retard..bleh jadi misfire.

contoh: at 5000rpm, WOT (wide open throttle/100% throttle opening)..injection timing= 300degCA BTDC, injector pulse width (berapa lama injector bukak/inject) = 0.65ms, ignition timing mesti di set dengan betul..supaya myk dan angin yg masuk masa Intake stroke tu akan terbakar sepenuhnya. mcm mana nak tau terbakar semua? masa tuning, kalau ada knock sensor dan AFR (air fuel ratio) meter (atau lambda sensor, wideband sensor macam Motec Lambda PRO, INNOVATE yg byk tuner mesia pakai) bleh detect combustion performance.

contoh: kalau case kat 5000rpm WOT tadi, masa tuning kita bleh adjust ignition timing...sampai cecah AFR yg tepat (biasanya 10% rich sikit dari stoichiometric ratio which is 14.7:1...nisbah air 14.7, minyak 1) dan melalui knock sensor...kita dengar knocking sikit je atau klu nak safe tuning, takde knocking. yg paling best...bila AFR dah tepat, n bila adj ign timing...adjust sampai ada knocking sikit..than kurangkan ign tu bawah sket dari knocking point..letsay kat 17degCA BTDC ign timing ada knocking, kurangkan sikit (-2deg) jadi 15degCA BTDC...so kat point ni takde knocking dan point ni diberi nama DBL (detonation border line atau sesetengah panggil Detonation Boundary Limit). sebab kat point yg ngam2 bawah knocking point ni..kita akan dapat max cyl pressure (bagus, lagi tinggi cyl pressure lagi bagus janji tak knocking sudah), optimum in cyl temperature...so sebab press tinggi dan temp sedap2 rasa ni = pembakaran lengkap, takde wastefuel, takde excess hydrocarbon..sume tebakar, yg keluar melalui exh valve masa exh stroke hanyalah exh gas+combustion product (air, HC, NOx, CO2, CO) yang tak berlebihan dan takkan terbakar kat luar cylinder.

2. Unburnt or excess hydrocarbon (HC):
Lebih kurang mcm explanation kat atas, pembakaran berlaku tapi tak lengkap atau tak habis…result = ada wastefuel, excess HC, so akan terbakar kat luar cylinder = meletup2 + api yg gempak kat hujung muffler
Punca2:
-ign timing tak tepat, atau injection timing tak tepat (tapi tuner jarang adj kat injection timing, selalunya set injection timing tetap kat satu value dan try adjust ign timing sampai dapat)
-supply myk byk sangat:
1. boleh jadi bila injector pulse width (atau fuel pulse width, FPW..mcm dlm motec panggil IJPU,injector pulse..ada yg panggil fuel quantity) set terlebih.
2. Fuel regulator set terlampau rich sangat (selalunya normal gasoline engine, dengan tuning ign timing yg tepat, fuel pressure sblom masuk engine tu range lebih kurang 3 to 3.4bar..takyah set tinggi sangat)
-ada bende2 yg rosak (kadang2 jadi)…mcm:
1. ECU, ign coil, injector, spark plug, wiring problem
2. crank angle sensor (klu bende ni gila ECU takkan dapat bacaan crank angle, ecu tak bleh tau kat mana piston TDC (top dead center) dan BDC (bottom dead center)…so ECU takkan bleh nak suruh injector dan ignition untuk inject dah bagi spark kat deg crank angle yg tepat
3. klu ada leaking dalam engine boleh jadi jugak…mcm kalu ada air masuk, air fuel mixture dah kacau, bila piston belobang atau blowby tinggi sangat (blowby ni leaking kat piston ring)

Kesimpulan:
Bila letup2…selalunya indicate yang pembakaran ada masalah sket. Tapi kekadang tak bleh elak…mcm klu yg pakai Antilag System untuk turbocharged engine (selalunya kete drag)..antilag ni mmg tuner saja2 retard ign timing kaw2 punya masa lift off throttle (masa kita angkat throttle) atau masa nak start drag race (kete tak jalan lagi tapi driver dah tekan minyak n maintain kat i.e. 5000rpm)..contoh kalau DBL point (mcm aku explain kat atas) kat ign timing = 17degCA BTDC, tapi klu antilag..ign timing set to 20degCA ATDC (after TDC, spark plug ignite masa power stroke, masa piston tengah turun bawah, jadi combustion start sangat lambat, menyebabkan pembakaran dan 60% combustion energy to keluar ikut exh valve = tolong pusingkan turbine blade lagi laju dan dengan kuat. So turbo akan sentiasa pusing untuk mengelakkan turbo lag daripada terjadi.

Pasal myk rich atau tak, mmg betul Mie SSS ckp myk rich (myk lebih) bleh sejukkan exh temp..memang AFR yg tepat pun 10% rich sket dari stoich ratio (baru bleh dapat max in cyl press and optimum temp). tapi jangan rich sangat. bila tune pakai wideband monitor insyaAllah tuner tu boleh tau banyak mana nak rich kan fuel :)

Just sharing knowledge n experience yg aku ada :mrgreen:
Ada apa2 soalan…anytime bleh Tanya aku  ..TQ

No comments:

Post a Comment